Ahad, 6 Mei 2012

otakmu otakku

assalamualaikum...
ok harini aku nak crite dgn sedikit detail lg pasal penyakit aku ni.
nampak tak gambar otak kat atas tu.
gambar sebelah kiri tu ialah gambar otak manusia normal.
dan yg kanan tu ialah gambar otak aku.
aku ade gambar imagine ct scannye yg serupe gini jugak.
tp tak nmpk la kan kalau masukkan kar sini.
so aku googlekan khas untuk korang semua.
korang nmpak tak ape kelainan pade otak aku tu?
kalau korang perasan otak bawah aku tu menggeleber ke bawah...
hanye org yg sakit mcm aku je yg bleh jd gitu.
dan la korang risau dan teraba raba leher korang bila baca artikel aku ni.
salah satu simptom paling kuat yg perlu ade sebelum korg didiagnoskan chiari malformation ialah korang ak bleh tido.
aku sendiri dah 5 tahun tido dgn bantuan ubat tido.
jd kalau korang pantang jumpe bantal, usah le korang bimbang ye.
teruskan hidup korang mcm biasa.
ok aku sambung lagi.
otak ni akan melorot ke bawah bila aku stress.
stress ni bkn dari segi negatif je tau.
stress dari segi positif pon tak bleh.
maksudnye aku tak bleh terlalu suke atau terlalu sedih.
aku perlu sentiasa tenang.
tak boleh sayang sgt atau tak boleh benci sgt.
gitu le lebih kurang kata doktor yg aku faham.
korang pon tau kan neuro kat malaysia ni mana ramai.
cakap laju semcm.
tak kire kat mana hospital pon.
ni byk info aku dpt dari pembacaan kat internet.
mula mula dulu aku tak tau bleh translate satu artikel terus dlm bm.
pua le nak pahamkan bahasa inggeris.
bagus le jugak kan.
atleast bahasa inggeris aku pon makin baik.
ok selain dari tu otak tu boleh gak melorot dari aktiviti fizikal.
aku tak bleh buat sesuatu yg memerlukan pergerakan otot leher.
mcm aku ni mmg susah la kan.
sbb mmg keje pakai kepala.
kepala pulak dok atas leher.
kene gerak gerak kan.
kejap tunduk kejap tengadah.
so ape aku buat ialah aku guna soft cervical collar.
ala yg mcm org patah leher tu.
aku pakai tu biler aku belajar dan pegi ngajar kat sekolah.
so tak bimbang kalau kita lepas lakukan.
tp susahlah mula mula dulu.
bile org tgk aku guna mende tu org mula la menjerit mcm aku dah patah tengkuk.
susah juga la mula mula nak terangkan yg mende tu cume utk protection je.
nak buat mcmana kan... penyakit ni tak popular.
ni la rupenye colar tu.
mcm bantal kecil la kirenye sangkut kan leher.

ok la. aku pon tak bleh adap laptop ni lelama sgt.
tau tau je la kan. aku akan cube utk tulis lebih kerap tentang sakit aku ni bile aku ade masa ye.
baca la kalau sudi.
ape yg aku harapkan ialah sokongan dan doa dari korang semua agar aku dapat jalani kehidupan sama mcm korang dengan segala kelemahan yg Allah duga aku ni.
aku cuma percaya satu perkara.
setiap dugaan itu ada hikmahnya.
semoga kita semua sentia berada dibawah lindunganNya sentiasa insyaallah.
wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...