Jumaat, 17 Ogos 2012

ROTI JALA...


assalamualaikum..
akhirnye selepas beberapa menjak mencuba, aku berjaya jgk buat roti jalaku sendiri.
ape kata kalau korang cube.
ni aku bgkan resepinye yg sememangnye aku kopi pes je dr myresepi..
semoga korang juga berjaya...

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air/santan/ susu segar
Cara-cara
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum,
cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau
keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh
di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa
pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air
lagi sehingga boleh dijala.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat.
Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di
angkat dan digulung.
4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal
atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab
walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap
lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...