Jumaat, 4 Mei 2012

AKU BUKAN MANUSIA BIASA RUPANYA...

assaamualaikum semua...
apa khabar?
aku macam biasa, baik, utk manusia yg tak sihat seperti aku.
namun aku bersyukur menjadi aku.
sekurang kurangnya aku masih boleh berdiri dan menikmati hidup dengan tenang...
sukar untuk menerangkan ape sakit aku ni sebenarnya memandangkan aku ni bukan lah seorg doktor.
kalau sains tahun 4 tu bolah lah lg aku ajar.
nak ngajar org macam doktor ni mmg jauhlah dari bidang kuasa aku kan.

critenye bermula begini.
pada tahun awal tahun ni atau lebih tepat bermula hujung tahun lepas iaitu penghujung 2011,
kehidupan aku seolah olah bergerak perlahan.
aku jd seolah olah tidak bermaya.
tiada lg ektiviti eksperimen membuat kek di dapur rumah.
hanye buat bila keadaan memerlukan.
tiada lg ektibiti melancong walaupon hanye berdekatan.
masaku lebih byk dihabiskan diatas tilam dibilikku yg redup...
suamiku berkata yg aku telah byk berubah.
aku seolah olah telah jd pecinta rumah seperti die...
ketika itu aku jd bersyukur...
mungkin benar...
aku tidak lg suke shopping...
bgku shopping yg dulu jd kegemaranku adalah ektibiti yg sgt memenatkan.

masuk pula ke tahun 2012...
selalunye di awal awal tahun bergini aku akan aktif di padang...
namun pada tahun ini setiap kali aku turun padang, setiap kali itulah aku terpaksa mc.
byk komplikasi yg timbul.
bermula dgn sakit kepala...
kemudian sakit dada.
dan terakhir sekali tgn kakak dan kaki kanan aku kebas.
aku pon terus pergi mendapatkan rawatan di klinik pakar mmc.
selepas semua klinik mengatakan masalah aku adalah berpunca dari kegemukan.
pada mulanye dr mooi, pakar saraf yg aku jumpe mengatakan masalah aku timbul kerana migrain yg berat akibat stress dan ia telah menyebabkan otot ototku tegang.
aku diberikan segumpal ubat.
selepas memakan ubat ubat tersebut aku rasa lega.
namun begitu seminggu selepas itu... sakitku dtg kembali malah berganda sakitnye.
entah kenapa.
aku membuat keputusan utk membuat ct scan sekali mri ke atas anggota badanku yg sakit.
pada perjumpaan seterusnya dengan rupe doktor yg sendiri ragu ragu aku pun buat mri dan ct scan.
dr mooi masih dgn keputusannya yg aku cume migrain biasa
sesudah menjalani mri, aku lihat juru radiologi dan jururawat berubah wajah.
aku mula mengesyaki sesuatu yg tidak sedap telah berlaku.
bile dr mooi mula menerangkan keadaanku yg sebenar, die meminta maaf.
aku mula takut...
rupanye terdapat kelain pada otak kecilku yg boleh melorot masuk keruangan saraf tunjang.
yg melegakan hatiku ialah ia tidak akan menyebabkan kematian.
tetapi yg sedihnye ia cume akan menyebabkan aku lumpuh... sama cepat atau lambat..
namun dr cara doktor tu crite dan aku bandingkan dgn gaya hidup aku.... rasanye... ahhh mintak lah dijauhkan...

ape yg aku perlu buat sekarang ialah menerima yg aku bukan manusia biasa seperti org lain.
yg boleg ketawa gembira sesuke hati...
mungkin ini peluang yg Allah beri utkku utk mengamalkan kehidupan yg syumul.
namun berubah bukanlah satu perkata mudah...
semoga pelangi sentiasa dihadapanku....
amin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...